Wednesday, April 27, 2011

Hospital Bersalin Selayang

Hari nie dah rasa sht sikit..ader 2 hospital goment yg terdekat ngan rmhku..jadi jom kiter survery2 hospitl bersalin maner yg hendak dituju nnti... k kite survey hospital goment dululah kan..my hubby ckp ti bersalin kat hospital selayang jerklah.. sumer kengkawan dier kater ok... ingat ari minggu nie baru pie wat rounding kat situ.. peperhal kener survey2 per citer pengalamn ibu2 lain yg bersalin disitu..jom layan...

Are'ngah Zarini Are'ngah
xperlu booking pun...nk bersalin terus je...hehheh....klu masuk dewan bersalin dpn kuanter ada singboard tulis bape kos/harga bg bilik 1st class,2nd dan 3rd....

Arin Ya'acob
waktu saya bersalin di hospital selayang waktu 7th months ke hosp selayang and tanya prosedur. nurses cakap, takyah buku merah ( check up di KK ) pon takpe, yang penting bawak rekod check dari klinik tuh. so dalam 8th mths tuh minta kat klinik private tuh rekod ( kalau klinik simpan ) . and waktu sakit bersalin bawa je. and tunjukkan kat nurse tu. pastikan segala scan , details ada dekat rekod tuh.

Lyza Bee
mase dlm labour room sy mintak doc n nurse panggil hubby masuk teman kn sy.alhamdulillah diorg ..slama bsalin ank 1st n 2nd mmg hubby ade di sisi....

Ana Lee
sy bersalin di hsptl selayang last year.....wad 2nd class pn ok...juz ade 4 org..selesa la....LR pun ok...hubby n mak kite leh masuk....tp mse nk bersalin hubby la mst kne ade kn...mse deliver peg. perubatan (pmpuan) yg sambut anak sy.....

Aida Vavoomm
Saya pun bersalin di hospital selayang..Alhamdulillah, service ok, tapi doctor lelaki yang incharge at that time..ward not so bad, like Ana said, 2nd class 4 org..tapi xde sape leh tggu, sume kene masuk time melawat jeee..Time bersalin, hubby leh masuk bg support.. For 1st class, even gune GL still kene byr, tapi xler mahal, rasenye dlm 100++ kot satu mlm, tapi katenye bilik 1st class selalu penuh..

Info Hospital Selayang

Hospital Selayang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia.
Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih. Dalam pelaksaan dan pembentukan Hospital selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Hospital Selayang telah direkabentuk,dibina dan dilengkapi dengan environmen Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.
Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian,rawatan perubatan harian,perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.
Buat masa kini,hospital ini adalah merupakan salah satu daripada hospital kerajaan yang digunakan oleh UiTM sebagai hospital pengajar sementara bagi fakulti perubatannya, memandangkan Hospital UiTM di kampus baru UiTM di Puncak Alam masih lagi dalam proses pembinaan.
[sunting]Alamat

Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61203233 Faks: 03-61377097

No comments: