Wednesday, April 27, 2011

Hospital Sungai Buloh

Hospital nie blh dikatakn baru lah jugak.. tapi x pernh pergi lagi walaupun hospital nie diantara hospital yg terdekat dengan rmh mama..heh.. bnyak gak dengar komen2 ibu2 mengandung yang bersalin disana.. tapi majoriti sumer ckp OK... tapi my hubby cam x setuju nak mama bersalin kat sini..huhu.. jom baca komen teman2 lain..hehe..

Zaleha Ahmad Nazri
sy bersalin dua2 anak kat hosp sg buloh...anak 1st thn 2007 suami x leh masuk labour room..dok wad kelas 2...baby die mandikan n pakaikan baju siap pas mandi...kena RM115 dok 2 mlm. Anak 2nd bersalin bln 2 thn 2010, suami leh msk labour room..dok wad kelas 3..baby die mandikan tp kite kena pakaikan baju sendiri...kena RM42 je...dok sehari semlm je...dua2 anak bersalin normal...

Nanie Ariffin
masa bersalin thn 2008...xder pelatih pn...yg sambut bb masa tu sister,sumer yg senior2 jek...cuma kt wad tu...baru la nmpk yg muda belia...heheheheh

Liza WatyKhalili
saya pun bersalin kat hpital sungai buloh pada tahun 2007, 2009 dan tahun ni bulan 10.masa ni hubby tak leh masuk tapi oklah layanan kat sana cuma pada tahun 2009 uri saya melekat jadi kena tolak pegi operation room dan dibius untuk seluk dengan tangan ambil uri...habis uri hancur hubby kata..harap harap kali ni tak ada lah kes uri melekat ni

PuAn SaLwa
saya bersalin tahun 2008, nurse semua bagus..masa jahit siap bagi tahu jahitan ke berapa..semua dia tunjuk ajar...bersih dan besar..cuma bilik bersalin jer tak cukup...mmg ada yg kena bersalin atas katil tolak jer..coz tak sempat..thats nasib..anak ke-2 ni yg bakal bersalin bln 8, saya di sana jugak..doakan di permudahkan segala urusan oleh-NYA..amin....

Suriani Ibrahim
novena:saya dulu check up swasta..bersalin kat hspital sg.buloh..semua ok je..kos bersalin normal..seingat saya 24jam..1hari xsampai rm100.00..

jom layan pic2 tentang hospital sungai buloh



Hospital Bersalin Selayang

Hari nie dah rasa sht sikit..ader 2 hospital goment yg terdekat ngan rmhku..jadi jom kiter survery2 hospitl bersalin maner yg hendak dituju nnti... k kite survey hospital goment dululah kan..my hubby ckp ti bersalin kat hospital selayang jerklah.. sumer kengkawan dier kater ok... ingat ari minggu nie baru pie wat rounding kat situ.. peperhal kener survey2 per citer pengalamn ibu2 lain yg bersalin disitu..jom layan...

Are'ngah Zarini Are'ngah
xperlu booking pun...nk bersalin terus je...hehheh....klu masuk dewan bersalin dpn kuanter ada singboard tulis bape kos/harga bg bilik 1st class,2nd dan 3rd....

Arin Ya'acob
waktu saya bersalin di hospital selayang waktu 7th months ke hosp selayang and tanya prosedur. nurses cakap, takyah buku merah ( check up di KK ) pon takpe, yang penting bawak rekod check dari klinik tuh. so dalam 8th mths tuh minta kat klinik private tuh rekod ( kalau klinik simpan ) . and waktu sakit bersalin bawa je. and tunjukkan kat nurse tu. pastikan segala scan , details ada dekat rekod tuh.

Lyza Bee
mase dlm labour room sy mintak doc n nurse panggil hubby masuk teman kn sy.alhamdulillah diorg ..slama bsalin ank 1st n 2nd mmg hubby ade di sisi....

Ana Lee
sy bersalin di hsptl selayang last year.....wad 2nd class pn ok...juz ade 4 org..selesa la....LR pun ok...hubby n mak kite leh masuk....tp mse nk bersalin hubby la mst kne ade kn...mse deliver peg. perubatan (pmpuan) yg sambut anak sy.....

Aida Vavoomm
Saya pun bersalin di hospital selayang..Alhamdulillah, service ok, tapi doctor lelaki yang incharge at that time..ward not so bad, like Ana said, 2nd class 4 org..tapi xde sape leh tggu, sume kene masuk time melawat jeee..Time bersalin, hubby leh masuk bg support.. For 1st class, even gune GL still kene byr, tapi xler mahal, rasenye dlm 100++ kot satu mlm, tapi katenye bilik 1st class selalu penuh..

Info Hospital Selayang

Hospital Selayang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia.
Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih. Dalam pelaksaan dan pembentukan Hospital selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Hospital Selayang telah direkabentuk,dibina dan dilengkapi dengan environmen Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.
Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian,rawatan perubatan harian,perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.
Buat masa kini,hospital ini adalah merupakan salah satu daripada hospital kerajaan yang digunakan oleh UiTM sebagai hospital pengajar sementara bagi fakulti perubatannya, memandangkan Hospital UiTM di kampus baru UiTM di Puncak Alam masih lagi dalam proses pembinaan.
[sunting]Alamat

Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61203233 Faks: 03-61377097

Monday, April 25, 2011

Persedian Bersalin

Assalamualaikum.. seronok rasa yer biler memikirkan akan dapt bby lagi..hehe walaupun dah nak masuk 3 org.. tapi preparation yg ke 3 nie masih belum dilakukan walaupun dah masuk 28 weeks..huhuhu:(.. cian bby..mybe dah x seexcited ank 1st..hehe..lebih cool kot...hahaha.. makin lama makin buntu pulak biler memikirkan aper yg perlu utk disediakan.. hahaha, terpaksalah explore balik barang2 bby yg lama...then kener pilih maner yg blh dipakai lagi.. x cukup baru kiter beli baru yerk..hehe







Monday, April 18, 2011

Hepatitis B

Hepatitis B

Apakah maksud Hepatitis B
Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?
Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

Penat
Sakit kuning
Gatal-gatal
Hilang selera makan
Hilang berat badan
Sakit perut
Sakit-sakit sendi
Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?
Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B.

Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
Barah hati
Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:

Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
Elakkan arak/alkohol
Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain
Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?

Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang
Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur)
Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah
Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV.


Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:

Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
Kakitangan kesihatan
Pesakit-pesakit dialisis
Untuk ibu mengandung yang dijangkiti hepatitis B, anak anda perlu diberi immunoglobulin Hepatitis B secepat mungkin setelah lahir dan ini diikuti dengan pelalian vaksin.