Friday, June 10, 2011

Mandi Wiladah dan nifas

Mandi Wiladah dan nifas

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

Chinta Irdina: Customer Order

Chinta Irdina: Customer Order: "Order from Idayu From Cheras Baru doorgift for birthday party his son....tq ayu semoga majlis si kecik berjalan lancar..."

Thursday, June 2, 2011

8. Set Bersalin Jamumakdara



Set Bersalin Jamumakdara
RM350.00
Amalam berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.






Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-

Jamu mak dara serbuk
1 kotak 250 gram
Jamu mak dara kapsul
2 botol 60 biji kapsul(perbotol)
Losyen param
1 botol 120 ml
Pilis
1 bekas 200 gram
Bedak sejuk
1 bekas 200 gram
Rempah mandi
1 bungkus 100 gram
Bengkung
1 helai
Tungku kukus berherba
1 unit



Kandungan set bersalin jamu mak dara:



JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas .Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.



JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .


LOSYEN IBU HALIMAH

Cara Penggunaan
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada ,lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.

PILIS

Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.

BEDAK SEJUK

Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.Seelok elok nya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Khasiat
Bedak sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.

REMPAH MANDI

Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).Mandi menggunakan air rempah secukup nya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk

Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merepatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.

Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.




*Tip Ibu Halimah
Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

7. SET SALINDAH LENGKAP



Senarai Kapsul Salindah yang diambil seawal 3 bulan sehingga selepas bersalin:

B1 (336 biji): mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
B2 (120 biji): mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
B3 (336 biji): mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
B4 (30 biji): 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin
B5 (84 biji): 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin
B6 (30 biji): 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L7 (30 ml): penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 (30 biji): mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
L9 (16 biji): mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L10 (96 biji): mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L11 (220 ml): mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
L12 (96 biji): mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Cara Pengambilan Kapsul Salindah

1. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.
2. Jangan sentuh dengan tangan
3. Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin
4. Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
5. Jangan gunakan sudu besi

6. SET BERSALIN ORANG KAMPUNG



SET BERSALIN ORANG KAMPUNG (HArga: RM168)

5. SET BERSALIN HPA



Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

4. SET BERSALIN MUSTIKA RATU



SET BERSALIN MUSTIKA RATU (JAMU SELAPAN) (Harga: RM95)

3. Set Herbanika Bersalin Nona Roguy


Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Mengandungi

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM365

* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm


Khasiat dan Panduan Penggunaan
Barangan Khasiat Panduan Penggunaan
PhytoNatal
(tablet)

Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
Hari ke 4 - 50
(atau sehingga 100 hari)
Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif )
makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari

Akar Herbanika (uncang)

Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

Hari ke 1 - 50
(atau sehingga 100 hari)
Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
Herbanika Barut
(serbuk dan Krim)

Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Hari 4 - 40

Krim - boleh terus disapu
Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.

Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih salah satu.

Minyak Herbanika

Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.

Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan

Hari 1 - 40
Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
Boleh digunakan sebagai minyak urut.
Bersalin secara pembedahan
Selama 1 bulan selepas bersalin, hanya sapukan Minyak herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul.
Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi

Uncang Cuci Herbanika (uncang)

Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.
Rendamkan 1 - 2 paket Uncang Cuci Herbanika ke dalam 1/2 liter air panas mendidih. Biarkan sehingga air bertukar menjadi warna kekuningan herba.
Kurangkan kepanasan dengan mencampurkan sedikit air paip. Gunakan kapas untuk membersihkan bahagian sulit.
Keringkan dan letakkan Minyak Herbanika ke atas pad selama seminggu pertama selepas bersalin. Selepas seminggu (sembuh luka) bolehlah diletakkan Minyak Berubat Mustajab sehingga habis pantang.
Gunakan 2 - 3 kali sehari.

Herbanika Lulur

Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau
Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik
Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
1- 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam
Gunakan sebelum mandi. Lulurkan pada seluruh badan. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki dan tangan, lengan dan belakang.

LEESA FORMULA



2. Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium) RM350.00

ConfineMum Set A
Terdiri daripada:
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel
SM RM 215.00 SS RM 218.00 BR $ 114.00

ConfineMum Set B
Terdiri daripada:
Set A + Bengkung Correctuer
SM RM 260.00 SS RM 263.00 BR $ 139.00

ConfineMum Set Premium
Terdiri daripada:
Set B + Cotet Mas Uncang + 2 Pek Tungku Herba
SM RM 350.00 SS RM 353.00 BR $ 188.00

Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium)
RM350.00
KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM

Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.







Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik.

Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.



Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.



KEGUNAAN :
* Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
* Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
* Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
* Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

ATURAN MAKAN :
Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).

INDIKASI :
Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL05051136T)
KANDUNGAN :
50 Tablet x 450mg
HARGA : RM49 SM ; RM52 SS ; $28BR





Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.



KANDUNGAN :
Mengandungi 5 herba `ubat periuk` iaitu :

* Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
Digunakan secara tradisional oleh orang melayu sebagai ubat periuk menguatkan rahim lepas bersalin, selain daripada untuk menyembuhkan demam dan penawar racun, lenguh-lenguh tulang dan menambahkan tenaga badan.



* Au Malam/Petai Jawa (Phyllagathis Rotundifolia)
Banyak diamalkan oleh wanita bersalin dahulu kala untuk mencuci dan melancarkan perjalanan darah, selain untuk menyegarkan badan dan mengurangkan demam.



* Daun Keman/Semalu (Mimosa Pudica)
Banyak digunakan secara tradisi untuk membersih darah, melegakan senggugut, melawas pembuangan air kecil disamping mengubati batuk, demam panas dan sakit kepala.



* Akar Serapat (Parameria Polyneura)
Berfungsi mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin dan mencegah masalah meroyan.



* Pinang Kotai (Agelaea Wallichii)
Sering digunakan pada zaman dahulu untuk menambah tenaga dan menghilangkan pucat di muka kepada ibu-ibu bersalin. Ia juga berkesan untuk mengatasi sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.



KEGUNAAN :
* Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
* Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
* Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
* Mencegah masalah meroyan.
* Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
* Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.



ATURAN MAKAN :
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.

INDIKASI :
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.

RAMUAN :
Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (MAL20020639T)
KANDUNGAN: 80 Tablet x 450mg
HARGA: RM75 SM ; RM78 SS ; $41 BR

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.

KEGUNAAN :
* Membuang angin dalam badan.
* Mencegah angin dari memasuki badan.
* Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
* Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
* Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
* Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
* Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
* Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
* Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.

CARA PENGGUNAAN :
Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan seperti di dahi (bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala), hidung (bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya), kaki (sebelum berstokin) dan bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan dan dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL05012025K)
KANDUNGAN : 100gm
HARGA: RM55 SM ; RM58 SS ; $31 BR

Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.

KANDUNGAN :
* Ekstrak Barli: mengurangkan kerengsaan menguatkan tisu dan kulit.
* Ekstrak Ivy: membantu memecah lemak kepada asid bebas.
* Ekstrak Butcherbroom: mengaktifkan sistem peredaran mikro dan anti radang.
* Ekstrak Mushroom: memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
* Sweet Clover: menggalakkan proses awet muda.
* Lady’s Thistle: menggalakkan pembentukan sel baru.
* Lemon: membantu menegangkan kulit dan otot.

KEGUNAAN :
* Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
* Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
* Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.

CARA PENGGUNAAN :
* Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).
* Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
* Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.
* Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL04112052K)
KANDUNGAN & HARGA :
* 50gm : RM30 SM ; RM33 SS ; $18 BR
* 100gm : RM55 SM ; RM58 SS ; $32 BR

Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.

Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

KEISTIMEWAAN BENGKUNG CORRECTUER :
* Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
* Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh.
* Dipotong dan dijahit dengan baik sehingga terasa sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
* Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
* Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
* Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
* Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

KEGUNAAN :
* Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
* Merampingkan kembali pinggang.
* Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
* Menaik dan membentuk kembali punggung.
* Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
* Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.


CARA PENGGUNAAN :
* Setelah menyapu Body Contour Gel di seluruh kawasan yang hendak dibengkung, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
* Jika bengkung terlalu panjang, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
* Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
* Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
* Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
Jika bersalin secara pembedahan, jangan guna bengkung ini sehingga sembuh kesan pembedahan.



SAIZ: Saiz bebas
Harga: RM49 SM RM52 SS $28BR

KEGUNAAN :
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

CARA PENGGUNAAN :
* Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
* Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
* Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
* Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.

LARANGAN :
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.

RAMUAN :
Mineral Oil, Peppermint Oil, Menthol, Nutmeg Oil, Eucalyptus Oil, BHT.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL 05090421K)
KANDUNGAN:
24ml
HARGA: RM12 SM ; RM15 SS ; $8 BR

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.

Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.

KEGUNAAN :
* Set ConfineMumPremium menyediakan Pek Tungku Herba yang berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas dan sangat berkhasiat bagi :
* Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
* Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

CARA PENGGUNAAN :
* Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
* Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit .
* Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.
* Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
* Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
* Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.
* Ulang cara bertungku yang sama.
* Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga 30 hari berpantang.

KANDUNGAN :
200gm X 2 pek
HARGA 1 PEK : RM40 SM RM43 SS $21BR HARGA 2 PEK : RM75 SM RM78 SS $41BR

Cotet Uncang Emas

Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.

FUNGSI
Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

KANDUNGAN AKTIF
Dalam bentuk uncang, mengandungi 5 herba: Cotet Emas, Akar Serapat, Tutup Bumi, Teja Lawang & Limau Purut.

PENGGUNAAN
Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas. Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit. Boleh diminum panas atau sejuk.

RAMUAN
Cotet Emas
Akar Serapat
Tutup Bumi
Teja Lawang
Limau Purut

KANDUNGAN 15 uncang x 2gm
Semenanjung Malaysia: RM 29.00 Sabah/Sarawak: RM 32.00 Brunei: $ 18.00

CARA PENGGUNAAN SET PREMIUM CONFINE MUM LEESA FORMULA

Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.

Tablet Haruan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi

Tablet Prawan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam

Ginger Cream
Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.

Body Contour Gel
Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.

Bengkung Correctuer
Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.

Minyak Telon
Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.

Pek Tungku Herba
Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.

Cotet Emas Uncang
Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.

34 WEEKS.....

dah masuk 34 minggu dah aku pegnant... bnyak bender x prepare lagi..huhuhu.. ari nie aku nak cek ubatn utk pas pegnnt plak... nak pilih yg maner 1 erk..huhuh jom kiter survey dulu.....

produk

1. Sendayu tinggi


AMME COMPLETE
RM386.00(WM) / RM413.00(EM)

KEKAL JELITA, RAMPING MENAWAN SELEPAS BERSALIN

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, sesetengahnya akan mengalami meroyan atau keracunan darah (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana ia adalah disebabkan kotoran yang tertinggal. Virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ia menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat, lesu dan berlaku perubahan pada struktur anggota tubuh badan, haid tidak teratur serta keluar bau busuk dari alat sulit.

Amme Complete merupakan pakej lengkap dengan 11 produk luar dan dalam dengan formula yang lebih menyakinkan dan disediakan dalam bentuk mudah dibawa dan eksklusif untuk rawatan sepanjang tempoh 60 hari berpantang. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dan menjamin kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Badan lebih bertenaga, langsing dan bersedia di dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri selepas bersalin.

Amme Complete bertindak:-
 •    Membaikpulih luka dalaman ketika bersalin, mengurangkan rekahan kulit dan selulit, memberikan
  •    tenaga dan memperbanyakkan air susu.
 •    Mengecutkan rahim dan perut, mengeluarkan darah beku, mengelak dari terkena meroyan.   
  •    Membentuk kembali kecantikan dan kelangsingan tubuh seperti sebelum bersalin.
 •    Menyegar serta memberikan tenaga dan mengelakkan masalah haid tidak teratur, badan sengal-
        sengal dan sindrom dingin seksual selepas bersalin

LANGKAH PENGAMBILAN AMME COMPLETE
 1. Pengambilan produk 2 biji kapsul 3 kali sehari dalam 15 – 30 minit selepas makan mengikut botol yang
      telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit-birit dan ruam sila kurangkan
      dos kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari. Teruskan pengambilan dari botol 1 selepas hari yang ke 60
      sekiranya masih berbaki.
 2. Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu
      dibilas dengan air.
 3. Campurkan Body Tone dengan air kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga kering. Sental
      pada badan seperti skrub untuk menanggalkan daki dan bau badan. Kemudian mandi dengan
      air suam dan lap badan hingga kering.
  4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air atau perahan limau nipis dan sapukan pada perut.
      Biarkan kering sebelum memakai bengkung. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan  
      sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan. Sekiranya timbul ruam atau gatal, sapu secara tipis dan
      bancuh Tummy Tone hanya menggunakan air sahaja.
 5. Langkah terakhir, Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stoking.
 6. Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air
      yang mendidih dan duduk diatasnya selepas hari yang ke-20. Gunakan paket yang sama semasa
      bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang.
7. Amalkan bersauna pada hari ke-20. Ia baik untuk melangsingakan badan, mengeluarkan peluh
     masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.   

PERHATIAN
 •    Pengguna digalakkan untuk menyapu tipis Body Tone dan Tummy Tone bagi yang pertama kali
        menggunakan produk ini. Sekiranya mengalami simptom seperti gatal-gatal dan timbul ruam di
        kawasan sapuan, hentikan sementara penggunaan. Simptom ini akan terjadi kepada pengguna   
        yang mempunyai lapisan kulit yang nipis dan sensitif kepada herba.

* Dapatkan nasihat doktor bagi pengguna yang mempunyai alahan kulit.

Alasan Untuk Berdosa


"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"

"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.

Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.

Inilah alasan-alasan kita.

Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah

Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.

Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.

Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.

Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?

Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.

Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?

Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"

Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.

Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.

Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?

Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.

Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.

Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???

Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.

Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.

Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.

Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki

Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.

Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.

Perhatikan diri kita.

Yang bersalah hakikatnya adalah kita.

Kita yang memilih jalan kefasadan.

Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?

Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.

Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?