Thursday, June 2, 2011

3. Set Herbanika Bersalin Nona Roguy


Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Mengandungi

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM365

* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm


Khasiat dan Panduan Penggunaan
Barangan Khasiat Panduan Penggunaan
PhytoNatal
(tablet)

Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
Hari ke 4 - 50
(atau sehingga 100 hari)
Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif )
makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari

Akar Herbanika (uncang)

Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

Hari ke 1 - 50
(atau sehingga 100 hari)
Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
Herbanika Barut
(serbuk dan Krim)

Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Hari 4 - 40

Krim - boleh terus disapu
Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.

Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih salah satu.

Minyak Herbanika

Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.

Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan

Hari 1 - 40
Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
Boleh digunakan sebagai minyak urut.
Bersalin secara pembedahan
Selama 1 bulan selepas bersalin, hanya sapukan Minyak herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul.
Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi

Uncang Cuci Herbanika (uncang)

Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.
Rendamkan 1 - 2 paket Uncang Cuci Herbanika ke dalam 1/2 liter air panas mendidih. Biarkan sehingga air bertukar menjadi warna kekuningan herba.
Kurangkan kepanasan dengan mencampurkan sedikit air paip. Gunakan kapas untuk membersihkan bahagian sulit.
Keringkan dan letakkan Minyak Herbanika ke atas pad selama seminggu pertama selepas bersalin. Selepas seminggu (sembuh luka) bolehlah diletakkan Minyak Berubat Mustajab sehingga habis pantang.
Gunakan 2 - 3 kali sehari.

Herbanika Lulur

Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau
Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik
Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
1- 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam
Gunakan sebelum mandi. Lulurkan pada seluruh badan. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki dan tangan, lengan dan belakang.

No comments: